Formula Satu (1999–2013) Pedro_de_la_Rosa

Arrows (1999-2000)

Pada tahun 1998, de la Rosa menjadi pemandu ujian untuk Jordan. Pada tahun berikutnya, beliau menyertai Arrows dan mendapat mata kejuaraan dunia pertamanya selepas mendapat tempat keenam pada perlumbaan pertamanya di Grand Prix Australia. Beliau sentiasa menamatkan perlumbaan di hadapan rakan sepasukannya yang lebih berpengalaman, Toranosuke Takagi. Pada tahun 2000, beliau kekal bersama Arrows. De la Rosa mendapat tempat keenam di Grand Prix Jerman dan Grand Prix Eropah.

Jaguar (2001–2002)

De la Rosa memandu untuk Jaguar di Grand Prix Kanada 2001

Beliau berlumba selama dua tahun bersama Jaguar Racing, dan menjadi rakan sepasukan Eddie Irvine. De la Rosa mendapat 3 mata pada tahun 2001 dan tidak mendapat sebarang mata pada tahun 2002.

McLaren (2003–2009)

De la Rosa di Grand Prix Kanada 2005, sebagai pemandu ketiga

Beliau menjadi pemandu ujian untuk McLaren, namun berlumba di Grand Prix Bahrain 2005 selepas Juan Pablo Montoya mengalami kecederaan bahu. Beliau mendapat tempat kelima dan menetapkan masa pusingan terpantas pada perlumbaan tersebut.

Pada 11 Julai 2006, ia telah diumumkan bahawa de la Rosa akan mengambil alih kerusi perlumbaan kedua McLaren, dengan mengantikan Montoya.

Di Grand Prix Hungary 2006, de la Rosa mendapat podium pertama dalam kerjayanya selepas mendapat tempat kedua, di belakang Jenson Button.

Selepas terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa de la Rosa akan menjadi rakan sepasukan Fernando Alonso pada tahun 2007, Lewis Hamilton mengambil alih kerusi perlumbaan tersebut. De la Rosa meneruskan tugasnya sebagai pemandu ujian pasukan tersebut.[4]

Pada musim 2005, beliau menggabungkan tugas pemandu ujiannya dengan menjadi pengulas perlumbaan untuk saluran Telecinco. Selepas ketiadaannya pada tahun 2006, beliau kembali menjadi pengulas pada tahun 2007.

Laporan pada tahun 2007 mengaitkan de la Rosa dengan pasukan Prodrive yang baru, yang ditubuhkan untuk membuat kemunculan sulung mereka pada musim 2008. Spekulasi mencadangkan bahawa Prodrive akan dijalankan dengan sokongan daripada pasukan McLaren, dan bahawa de la Rosa, bersama-sama dengan Gary Paffett akan berlumba untuk mereka pada musim sulung mereka. Walau bagaimanapun, pasukan tersebut gagal untuk memasuki musim baru, dan bagi tahun 2008, de la Rosa kekal sebagai pemandu ujian McLaren.

De la Rosa di Grand Prix Brazil 2006

De la Rosa juga terlibat dalam kontroversi pengintipan dalam pasukannya dan pasukan pesaing, Ferrari. Dengan bukti yang disediakan oleh beliau dan rakan sepasukan, Fernando Alonso, FIA mengecualikan McLaren daripada Kejuaraan Pengeluar Dunia 2007, dan dikenakan denda $ 100 juta. Beliau difahamkan telah menghantar e-mel kepada Mike Coughlan dan Fernando Alonso mengenai persediaan kereta Ferrari.[5]

Sebelum Grand Prix Australia 2008, de la Rosa telah dilantik sebagai pengerusi baru Persatuan Pemandu Grand Prix. Beliau menggantikan Ralf Schumacher yang bersara pada masa yang sama.[6] Beliau kekal di McLaren pada tahun 2009. Beliau meninggalkan jawatannya sebagai pengerusi Persatuan Pemandu Grand Prix selepas menandatangani perjanjian untuk memandu untuk Sauber pada tahun 2010. Nick Heidfeld menjadi pengerusi baru persatuan tersebut di Grand Prix Australia 2010.[7]

BMW Sauber/Sauber (2010–2011)

De la Rosa memandu untuk BMW Sauber di Grand Prix Malaysia 2010.

Pada tahun 2010, de la Rosa memandu untuk pasukan Sauber.[8] Rakan sepasukannya ialah pemandu Jepun, Kamui Kobayashi, yang menyertai Sauber dari pasukan Toyota.

De la Rosa menamatkan tujuh daripada 13 perlumbaan yang beliau mulakan pada musim 2010, dan mendapat tempat ketujuh di Grand Prix Hungary.[9] de la Rosa berjaya memasuki Q3 sebanyak dua kali, di Silverstone dan di Hungary. Kedua-dua de la Rosa dan Kobayashi bergelut dengan masalah kebolehpercayaan bagi majoriti perlumbaan pada musim ini.

Beliau digantikan oleh Nick Heidfeld selepas Grand Prix Itali.[10] de la Rosa menggantikan Heidfeld sebagai pemandu ujian untuk Pirelli, yang dijangka untuk kembali ke Formula Satu pada musim 2011.[11]

Selepas Sergio Pérez mengalami kemalangan di Monaco, de la Rosa menggantikan Pérez di Grand Prix Kanada. De la Rosa menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-12.

Kembali bersama McLaren (2011)

Pada 9 Mac 2011, McLaren mengumumkan bahawa de la Rosa telah menyertai mereka semula sebagai sebagai pemandu ujian dan simpanan mereka.[12]

HRT (2012)

De la Rosa memandu untuk HRT di Grand Prix Malaysia 2012De la Rosa di Grand Prix Amerika Syarikat 2012

Pada 21 November 2011, telah diumumkan bahawa de la Rosa telah menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan HRT F1.[1] Rakan sepasukannya ialah pemandu India, Narain Karthikeyan.[13] Kedua-dua pemandu gagal untuk melayakkan diri untuk perlumbaan pertama musim di Australia, dengan de la Rosa hanya mampu untuk melengkapkan tujuh masa pusingan pada perlumbaan hujung minggu tersebut. Pada perlumbaan seterusnya di Malaysia, beliau memulakan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-22 selepas menerima penalti selepas perlumbaan dimulakan semula, namun dinaikkan ke tempat ke-21 selepas Karthikeyan diberikan penalti masa 20 saat.

De la Rosa mendapat tempat ke-21 di China, manakala di Bahrain, beliau mendapat tempat ke-20 selepas bermula dari tempat ke-22.[14] Di Sepanyol, de la Rosa berjaya menamatkan perlumbaan tanah airnya buat kali pertama sejak tahun 1999 dengan mendapat tempat ke-19 dan terakhir. Bagaimanapun, beliau tidak dapat menamatkan Grand Prix Monaco selepas berlanggar dengan Pastor Maldonado pada awal perlumbaan.[15]

Ferrari (2013)

Pada 16 Januari, Ferrari mengumumkan bahawa de la Rosa telah ditandatangani sebagai pemandu pembangunan mereka, dan membantu Ferrari dalam sumber simulator mereka.[16] Pada 24 Januari, Ferrari mengumumkan bahawa de la Rosa akan berkongsi tugas ujian dalam kereta 2013 mereka, F138, dengan Felipe Massa pada ujian pertama musim ini, bermula pada 5 Februari di Jerez.[17]

Rujukan

WikiPedia: Pedro_de_la_Rosa http://www.autosport.com/news/report.php/id/105129 http://www.autosport.com/news/report.php/id/62097 http://www.autosport.com/news/report.php/id/65711 http://www.autosport.com/news/report.php/id/82402 http://www.autosport.com/news/report.php/id/89823 http://www.f1db.com/f1/page/Pedro_de_la_Rosa http://www.formula1.com/news/headlines/2013/1/1420... http://www.grandprix.com/race/r832sunquotes.html http://hispaniaracing.com/news.php?nid=622 http://www.hispaniaracing.com/news.php?nid=583